Adehhh!! Apa Nak Cakap Nie? Aku Tak Tahu Nak Cakap Apa!
Pernah terfikir, “Apa sebenarnya nak cakap bila jumpa prospek?”
Anda duduk depan mereka, idea banyak nak cakap tapi bila gelabah! suara seperti tersekat.
Jangan risau, ini bukan masalah anda seorang saja.
Ramai yang buntu bila tiba masa nak berdepan dengan prospek; sebab kita takut cakap benda yang salah atau langsung tak tahu nak mula macam mana.
Tak perlu panik.
Sebenarnya, nak bercakap dengan prospek tak perlu serabut.
Anda tak perlu beriye hafal dan ulang skrip macam dalam drama TV.
Anda cuma perlu tahu siapa prospek anda dan apa yang mereka betul-betul risaukan.
Mari kita tengok beberapa cara mudah nak mulakan perbualan yang boleh buat prospek anda rasa, “Wow, dia ni faham aku.”
1. Apa Yang Buat Mereka Berjaga Malam?;
Apa yang buat mereka tak boleh lelap?. Bil dan komitmen bulanan yang meningkat?
Projek yang tak pernah habis?. Dunia perniagaan yang macam rollercoaster?
Bila anda tahu apa yang buat mereka terjaga malam, itu topik terbaik untuk mula perbualan; sebab inilah isu yang mereka risaukan.
Tak perlu teka; tanya saja apa yang sebenarnya buat mereka tak boleh tidur malam.
Semua orang ada ketakutan tersendiri.
Prospek anda mungkin takut bisnes mereka gagal, takut pesaing curi pelanggan atau paling klasik, takut tak mencapai sasaran tahun ni.
Anda tak perlu terus-terang tanya, “Apa yang awak takutkan?” (serius, jangan tanya macam tu, dah macam sesi terapi), tapi beri ruang untuk mereka luahkan ketakutan terbesar mereka.
Lagi tenang mereka rasa, lebih mudah untuk anda bantu.
3. Apa Yang Buat Mereka Marah?;
Marah ni pelik.
Kadang-kadang, ia jadi motivasi; tapi selalunya buat kita hilang sabar.
Apa yang buat prospek anda betul-betul geram?
Mungkin tentang klien mereka lambat bayar hutang, pesaing yang suka main harga, atau orang yang janji bulan bintang tapi hasilnya.........ermmm!.
Anda tak nak jadi orang yang tambah tekanan tu, kan?
Faham apa yang buat mereka marah; dan anda boleh jadi orang yang tawarkan penyelesaian yang lebih bijak.
4. Apa Tiga Frustrasi Utama Mereka Setiap Hari?;
Semua orang ada perkara kecil yang buat hidup rasa serabut. “Arrghhh, kenapa benda ni lagi?”
Prospek anda pun tak lari dari tiga perkara yang buat mereka frust, fed up setiap hari.
Mungkin bank asyik call, staf tak cukup mahir, atau pelanggan yang cerewet.
Tahu apa tiga perkara tu?. Anda dah ada kunci untuk tunjuk yang anda faham hidup mereka.
Dan bila prospek rasa difahami; perbualan jadi jauh lebih senang.
Dunia bergerak pantas; dan prospek anda sedang berada di tengah-tengah perubahan besar ni.
Mungkin mereka tertekan nak kejar teknologi baru atau industri mereka sedang bergelut dengan cabaran baru.
Anda tak nak kelihatan macam orang yang cakap tentang benda lapuk. Jadi, fahami apa trend yang benar-benar memberi kesan pada hidup dan bisnes mereka.
Bila anda tahu apa yang sedang berlaku; anda akan dilihat sebagai seseorang yang faham keadaan semasa.
6. Apa Yang Mereka Idamkan Dalam Diam?;
Setiap orang ada impian yang mereka tak cakap pada sesiapa pun.
Mungkin prospek anda nak kebebasan kewangan; lebih banyak masa untuk keluarga atau pengiktirafan.
Anda boleh mula dengan berbual tentang apa yang mereka benar-benar idamkan dalam hidup.
Tak payah teka; tanya saja, “Kalau boleh capai apa saja, apa yang awak impikan?”
Kadang-kadang, perbualan paling menarik datang dari impian yang mereka simpan dalam diam.
7. Adakah Mereka Ada Cara Tersendiri Dalam Membuat Keputusan?;
Ada orang buat keputusan macam drive thru – cepat; siap, terus jalan.
Ada yang macam fine dining; perlahan, kaji semua dulu, baru buat pilihan.
Jadi, bagaimana prospek anda buat keputusan penting?
Ada yang suka tengok data dan fakta, ada yang ikut gerak hati.
Anda tak perlu teka, biarkan mereka terangkan.
Dan bila anda tahu gaya mereka, lebih mudah untuk anda sesuaikan cara bercakap.
8. Adakah Mereka Ada ‘Bahasa’ Sendiri?;
Bila bercakap dengan prospek; kenal pasti bahasa mereka.
Jangan terkejut kalau mereka ada istilah-istilah khas.
Bila anda guna bahasa yang sama; mereka akan rasa lebih connected.
Lagi senang dan lancarlah perbualan kalian.
9. Siapa Lagi Yang Cuba Jual Benda Yang Sama Kepada Mereka?;
Anda bukan satu-satunya yang cuba jual penyelesaian kepada prospek ni, kan?
Pesaing anda mungkin dah cuba, tapi kenapa mereka tak berjaya?
Anda nak tahu apa yang prospek fikir tentang usaha orang lain.
Tanyakan saja, “Pernah tak ada orang lain cuba tawarkan benda yang sama?
Macam mana perasaan awak?”
Bila mereka kongsi kenapa usaha pesaing gagal; anda boleh elakkan buat kesilapan yang sama dan tawarkan sesuatu yang lebih bernilai.
Kadang-kadang, prospek dah ada pengalaman dengan orang lain yang pernah cuba bantu mereka; tapi, tak jadi.
Jadi, anda boleh buka topik ni dengan lembut; “Ada tak orang lain pernah cuba tolong awak dengan benda ni, tapi tak berjaya?. Apa Yang Berlaku Sebenarnya?”
Ini akan bantu anda memahami dimana orang lain salah langkah, dan bagaimana anda boleh tunjukkan cara anda lebih baik.
Kesimpulannya?
Bila bercakap dengan prospek, tak perlu risau nak jadi pitching pro atau ada perbualan penuh strategi.
Sebenarnya, perbualan terbaik berlaku bila anda faham apa yang klien kisahkan; apa yang mereka risaukan, impikan, dan frustrasi tentang (diri mereka)!.
Bila anda tahu semua ni, anda takkan buntu lagi.
Perbualan akan jadi lebih mudah, lebih santai; dan yang penting ianya manjadi lebih berkesan.
Ingat, perbualan adalah tentang mendengar lebih daripada bercakap!.
Nak lebih tip macam ni? Nak Tak?.
Jom bersama-sama saya join Team PEJUWANG di FUSIONKEYMALL.COM; tempat di mana saya kongsi tentang Bisnes Tanpa Modal (Dropship); cara bercakap dan menulis dengan lebih yakin dan berkesan.
KLIK DISINI: SAYA NAK JOIN SEKARANG.
(Daftar Percuma)
Nanti Konsultan Kami Akan Hubungi Anda.
Atau, Boleh Saya Tahu Info Lanjut; Dropship Yang Tuan Katakan Tu?
Boleh Tuan..
KLIK DISINI: DROPSHIP BEST.
TIADA KOPI PERCUMA; YANG PASTI TIP BERHARGA PASTI ADA!.
INI ADALAH SEBAHAGIAN DARI PRODUK-PRODUK UNTUK KITA JUAL / PROMOTE DENGAN PROGRAM DROPSHIP TERSEBUT, SEMOGA KITA MENJANA PENDAPATAN YANG HALAL, INSYAALLAH!.






No comments:
Post a Comment