MARKETING CAPITAL ADALAH;
KUNCI SEBENAR GAGAL ATAU BERJAYANYA SESUATU PERNIAGAAN
Kita tahu kita perlukan modal untuk buat produk atau servis. Kalau buat kek, kita fikir pasal tepung, telur, oven dan kalau buat kasut, kita kira kos kulit, pewarna, tenaga kerja.
Tapi pernah tak kita tanya, kenapa syarikat-syarikat besar boleh jauh tinggalkan kita walaupun kita rasa produk kita dah cukup bagus?.
Inilah rahsia mereka; MARKETING CAPITAL.
Kebanyakan kita belajar, berniaga tu maksudnya kita boleh hasilkan sesuatu.
Tapi sebenarnya, mampu hasilkan sesuatu tak bermaksud kita ada bisnes. Kita cuma ada skill.
Contoh: Kalau kita boleh buat kek, buat kasut, atau gunting rambut, itu adalah SKILL. Tapi, kalau kita boleh consistently buat benda itu dan dapat duit dari pelanggan, barulah kita ada BISNES.
Jadi, persoalannya; kalau kita dah pandai buat produk, kenapa pelanggan tak datang?. Jawapannya; MARKETING.
Marketing adalah keupayaan kita untuk tunjukkan kepada orang bahawa apa yang kita buat itu boleh bantu selesaikan masalah mereka atau memberi manfaat kepada hidup mereka.
Inilah sebab kenapa syarikat-syarikat besar sanggup laburkan banyak duit dalam iklan kat TV, radio, media sosial.
Mereka tahu; kalau orang tak tahu apa kita buat, produk sehebat mana pun tidak akan laku!.
Tapi kita ini macam mana?. Selalu kita kira modal bisnes cuma untuk produk. Tak pernah kita kira modal untuk marketing, setuju?.
Inilah masalah besar kebanyakan peniaga kecil. Kita sangka, kalau produk bagus, pelanggan akan datang sendiri. Malangnya, dunia tak berfungsi macam tu.
Ada satu formula yang kita kena ingat dalam bisnes:
Innovation (Produk) + Marketing - Kos = Untung.
Jadi, sama macam kita letak modal untuk buat produk, kita kena letak modal untuk buat marketing.
Marketing ni tak semestinya mahal. Kita boleh mula dengan langkah kecil:
- Buat Iklan Di Media Sosial.
- Gunakan Video Tunjukkan Aktiviti Kita.
- Hantar Mesej Kepada Prospek Kita Secara Konsisten.
- Tunjuk Testimoni Pelanggan Kita.
Kalau kita tak ada bajet besar, kita boleh guna kreativiti. Yang penting, kita kena faham; bisnes bukan tentang buat produk semata-mata. Bisnes ialah tentang jual produk kita secara konsisten.
Jadi mulai hari ni, kita jangan anggap marketing tu benda tambahan. Kita kena letakkan marketing sebagai satu komponen utama dalam bisnes kita, sama macam produksi.
Kalau kita buat ni, InsyaAllah bisnes kita boleh jauh lebih maju. Jangan takut labur untuk marketing; sebab itu pelaburan yang akan bawa pelanggan, bawa jualan dan akhirnya bawa UNTUNG!.
ACANER, STYLE!.. JOM KAYA!.




No comments:
Post a Comment